fb fb fb fb fb

Waspada, peka petanda kepala air untuk elak tragedi

KUALA LUMPUR, 7 September- Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air terutamanya pada musim cuti persekolahan.

Pensyarah Kanan Geologi Kejuruteraan dan Mekanikal Tanah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer mengingatkan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil khususnya supaya mengelakkan kawasan berpuncak yang memerlukan pendakian.

"Jika ada ibu bapa yang membawa anak kecil, mereka seharusnya mengelakkan untuk berada kawasan-kawasan yang puncak ataupun memerlukan pendakian untuk sampaii kerana apabila kawasan-kawasan sebegini, zon ataupun lembah kat kawasan yang landai itu tidak luas. Jadi apabila berlakunya deruan air yang banyak, secara tiba-tiba, kemungkinan besar mereka tidak berkesempatan untuk menyelamatkan diri dengan keadaan anak-anak yang kecil lagi," katanya.


(Pensyarah Kanan Geologi Kejuruteraan dan Mekanikal Tanah UKM, Dr Nor Shahidah Mohd Nazer)

Dr Nor Shahidah ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara di Angkasapuri.

Dalam pada itu, orang ramai juga perlu peka dengan keadaan cuaca dan petanda awal kepala air.

Ini termasuk perubahan warna air sungai, deruan bunyi kuat dan himpunan sampah sarap .

Selain peka keadaan tebing sungai ketika beriadah di kawasan perairan.

Media Baharu