fb fb fb fb fb

Wartawan, media mampu jadi pencetus idea pembinaan negara

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemenang pada
Malam Wartawan Malaysia di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Wartawan dan media mampu menjadi pencetus idea pembinaan sesebuah negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan ini harus bebas memberi pandangan serta kritikan membina dalam menjadikan tatakelola pentabiran lebih baik.

“Kita angkat semula keupayaan kita dalam memaknai perpaduan rakyat, bukan hanya golongan sarjana tetapi wartawan harus bebas tegur, kritik dan beza pandangan dengan jalur tetap kepimpinan negara.

“Sebab itu saya masih tuntas dengan pandangan tugas wartawan bukan sekadar melaporkan tetapi membimbing idea kepada negara,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2023 sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 di sini malam ini.


(Perdana Menteri berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2023
sempena HKM MPI-Petronas 2022/BERNAMA)

Perdana Menteri turut menyeru pengamal media untuk bertindak sebagai pendidik masyarakat dengan menanam minat dan mengajak rakyat agar lebih minat membaca dan menimba ilmu.

Beliau berkata sesuatu isu yang berlaku dalam negara termasuk soal dasar dan tatakelola tidak dapat dicakna dengan baik tanpa minat membaca yang mendalam.

Kemudahan media yang ada perlu dijadikan platform untuk mendidik anak bangsa dengan memupuk semangat membaca.

"Saya tidak ada masalah untuk mereka memilih jalur apa pun tetapi jangan mencari jalan yang singkat untuk mencari kebenaran.

Katanya, selain itu, cabaran ketika ini adalah mengangkat semula keupayaan dalam negara demokrasi berpandukan konsep Malaysia Madani.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya dan Naib Presiden Eksekutif Petronas Liza Mustapha.

HKM MPI-Petronas merupakan acara tahunan bagi mengiktiraf karya kewartawanan sepanjang tahun dengan Hadiah Kajai sebagai pengiktirafan tertinggi kepada wartawan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Sebanyak 368 penyertaan pelbagai karya kewartawanan diterima tahun ini berbanding 350 pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, RTM memenangi dua kategori dalam HKM-MPI 2022 yang menyaksikan Wartawan dan Penyunting, Andy Reza Rohadian, sebagai pemenang emas kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail (TV) dengan membawa pulang RM5,000.00, sijil dan trofi.

Ia menerusi hasil garapan laporan 'LRT Tergendala, Apa Puncanya? dan Usul Undi Percaya Terhadap PM: Makna Sebenar dan Kepentingannya'.

Manakala, Rosdi Omang daripada NASIONALfm merupakan pemenang emas kategori Laporan Radio Terbaik dengan membawa pulang RM10,000.00, sijil dan trofi menerusi laporan K-9 (Wira 12-22) yang dihasilkannya.

Media Baharu