fb fb fb fb fb

Warisan pertimbang tawaran, pilih kerajaan yang mampu beri kestabilan negara

KOTA KINABALU, 20 November - Parti Warisan akan menyokong pembentukan kerajaan Persekutuan yang mampu memberi kestabilan kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Warisan telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin politik, yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dan parti itu sedang menimbangnya dengan sebaik mungkin.

(Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)

“Apa yang penting kepada kita kestabilan negara, kepentingan negeri-negeri Borneo untuk rakyat, walaupun jumlah kerusi Parlimen Warisan kecil, namun ia mampu menambah kestabilan kepada politik di negara ini dan sesiapa yang mahu bentuk kerajaan Persekutuan perlukan sokongan ini.

“Sesiapa sahaja yang mahukan kerjasama kita, perlu menimbang apa yang menjadi ‘fundamental’ kepada perjuangan kita (termasuk) kepentingan rakyat, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga ‘survival’ Warisan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Kolombong, di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan yang bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara memenangi tiga kerusi Parlimen dengan Mohd Shafie sendiri mempertahankan Parlimen Semporna, Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu).

Media Baharu