fb fb fb fb fb

1,900 karton rokok dirampas

KOTA TINGGI, 20 November - Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) merampas 1,900 karton rokok bernilai RM114,000 di Tanjung Logok, di sini pukul 2 pagi tadi.

Markas Divisyen ketiga Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan di situ sebelum mengesan longgokan kotak di pesisir pantai.

Longgokan kotak itu dipercayai baru sahaja dinaikkan dari perairan dan sedang menunggu untuk diambil peruncit.

(FOTO HIASAN)

Kesemua 38 kotak rokok itu dibawa ke Markas Taktikal Tanjung, Sepang untuk pemeriksaan.

Barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Media Baharu