KUANTAN, 29 Julai - Seorang warga emas maut selepas motosikalnya terbabas di Jalan Damai 8, Kampung Sri Damai, di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa Ahmad Ngah, 71 tahun sedang menunggang motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai menuju ke arah Jalan Damai 8 hilang kawalan, lalu terbabas.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.