fb fb fb fb fb

Wanita maut, kereta terbabas ke dalam Sungai Muar

Seorang wanita maut dalam kemalangan di Tanjung Agas, Tangkak

TANGKAK, 9 Disember - Seorang wanita maut dalam kemalangan di Tanjung Agas, Tangkak, Johor.

Ketua Polis daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.04 petang semalam, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas ke dalam Sungai Muar.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan, berjaya menarik keluar kenderaan jenis Nissan Grand Lavina kira-kira dua jam kemudian.

Mangsa berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
 
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

HASLINDA BINTI HASSAN