fb fb fb fb fb

Wanita cedera dihempap kayu balak ketika tunggu lampu isyarat

Siti Norelyana Kamaruzan, 21, cedera akibat dihempap kayu balak yang jatuh daripada lori yang terbalik hari ini

GUA MUSANG, 9 Julai- Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap beberapa kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.20 pagi, mangsa, Siti Norelyana Kamaruzan, 21, tercampak daripada motosikalnya akibat rempuhan kayu balak yang jatuh daripada lori yang terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Penguasa Polis (SP) Sik Choon Foo berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Kejadian tersebut juga berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain.

0907 KEMALANGAN LORI BALAK
Kejadian yang dirakam menerusi 'dashcam' kenderaan lain

SITI AISHAH MD ISA