fb fb fb fb fb

Wanita berdepan detik cemas enjin kereta terbakar

Pasukan bomba memadam kebakaran sebuah kereta seorang wanita berusia 56 tahun/Foto Bomba Labuan

LABUAN, 8 Mei - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu mangsa terbakar dalam kejadian di Jalan Tg Batu di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 8.50 pagi berhampiran Klinik Kesihatan Membedai.

"Setibanya di lokasi kejadian, mendapati enjin kereta jenis MPV terbakar dibahagian hadapan.

"Seramai 12 orang anggota Bomba daripada BBP Labuan Sentral telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama 1 unit jentera FRT, 2 unit motorsikal RIM dan 1 unit kenderaan RRV.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kurang 10 minit kemudian," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Ujarnya, wanita berusia 56 tahun itu dilaporkan dalam keadaan selamat.

Operasi tamat sepenuhnya dan diserahkan kepada bahagian penyiasatan kebakaran untuk tindakan selanjutnya," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN