fb fb fb fb fb

Wanita berdepan detik cemas, kediaman dinaiki air 1 meter susulan hujan lebat

Taman Bukit Kemuning, Shah Alam dinaiki air setinggi 1 meter susulan hujan lebat pagi tadi

SHAH ALAM, 20 Jun- Seorang wanita terperangkap di kediamannya di Taman Bukit Kemuning di sini, apabila lokasi itu dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Haspezal Amdan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.29 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya diselamatkan orang awam dari kediamannya dan dibawa ke lokasi selamat.

Beliau turut memaklumkan bahawa, setakat ini masih belum ada pusat pemindaan sementara (PPS) dibuka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI