fb fb fb fb fb

VTL udara ke Kemboja, Thailand diumumkan dalam masa terdekat

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Udara antara Malaysia ke Kemboja dan Thailand bakal diumum dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata perlaksaan itu sedang dijalankan selain menentukan penerbangan yang digunakan bagi tujuan berkenaan.

"Jemaah Menteri sudah berbincang hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Kemboja dan Thailand.

"Kedua-dua negara bersetuju kita untuk mengadakan VTL sepertimana kita wujudkan dengan Singapura," katanya.

"Manakala pelaksanaan VTL udara dengan Kemboja dan Thailand akan menggunakan model yang sama membabitkan pelaksanaan VTL udara antara Singapura dan Kuala Lumpur sebelum ini.

"Kedua-dua negara itu maklumkan mereka tidak akan laksanakan kuarantin, tetapi untuk kemasukan ke negara kita menggunakan kaedah yang sama dengan VTL bersama Singapura.

Sementara itu, laluan VTL melalui udara antara Malaysia dan Singapura akan diperluaskan dengan membuka satu lagi laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac.

Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan bersama untuk memperluaskan inisiatif VTL itu yang tiba dari Singapura setakat 28 Feb 2022.

Beliau berkata demikian di sidang media sempena Majlis Penyerahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheah Fah di Sunway Iskandar City di sini, hari ini.

Media Baharu