fb fb fb fb fb

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 24 Disember - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat supaya mengutamakan keselamatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.

Tambah beliau, terlalu banyak kemalangan jalan raya telah berlaku pada tahun ini dengan melibatkan lebih 6,000 kematian.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 204.0 Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

Belau turut berpesan supaya merancang perjalanan dengan teliti, patuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.

"Agar pengguna jalan raya berdisiplin dan bertanggungjawablah semasa berada di jalan raya," katanya.

TETITIA YUSOFF