KUALA LUMPUR, 10 September - Usaha mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris perlu diperhebat oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penguasaan bahasa Inggeris amat penting.
Ia tidak boleh dipandang ringan.
Beliau menegaskan, tiada sebab untuk meminggirkan usaha menguasai bahasa Inggeris atau bahasa lain.
“Kita perlu terima hakikat bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat penting. Ini bermakna Kementerian Pendidikan perlu menggiatkan usaha untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris,” katanya.
Tegas Datuk Seri Anwar, bahasa Melayu kekal dimartabat sebagai bahasa kebangsaan dan mesti dipertahankan sebagai ejen penyatuan.
“Saya tidak boleh menerima rakyat Malaysia yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan. Ia adalah bahasa kita, dan kita mesti menguasainya dengan baik,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Kumpulan AmBank.
Menurut beliau, kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bergantung kepada dasar inklusif yang menghargai rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.