fb fb fb fb fb

Usaha pembangunan NSSDC terus diberi perhatian

SEREMBAN, 29 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan akan terus menyokong dan membantu usaha pembangunan Negeri Sembilan Skills Development Center (NSSDC), selaras dengan perancangan Pelaburan Luar Negara yang memerlukan tenaga kerja mahir disemua sektor khususnya kilang pembuatan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, agenda dan program berkaitan kerjaya serta latihan kemahiran dalam kalangan anak muda sentiasa menjadi agenda utama untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor perindustrian.

Menerusi kerjasama antara Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dengan NSDCC bagi program Train Place And Job Matching Initiative diharap dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam bidang pekerjaan.

(Aminuddin pada Majlis Pelancaran Kerjasama di antara YNS bersama NSDCC)

"Dan dengan kerjasama ini kita harap akan meningkatkan kemahiran mereka dalam kemahiran dalam pengetahuan mereka. Dan salah satunya ingin melihat bahawa anak negeri mempunyai ketahanan apabila mereka memasuki sektor industri. Kita lihat hari ini ramai majikan yang mengadu kepada kita tentang ketahanan atau mereka selalu berpindah ke satu kilang ke kilang lain dan mereka tidak dapat lama dalam satu pekerjaan," menurut Aminuddin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerjasama diantara YNS bersama NSDCC untuk program Train Place And Job Matching Initiative serta Penyerahan Sijil kepada Sukarelawan Pasca Banjir di NSDCC Mantin.

Media Baharu