fb fb fb fb fb

Usaha naik taraf Pasar Awam Simpang Renggam beri keselesaan

(Foto FB Onn Hafiz Ghazi)

JOHOR BAHRU, 11 Februari - Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berpuas hati dengan kerja-kerja naik taraf Pasar Awam Simpang Renggam.

Kemudahan diharap memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengguna.


(Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar di Pasar Awam Simpang Renggam
/ Foto FB Onn Hafiz Ghazi)

Menerusi Facebooknya, beliau berterima kasih kepada Majlis Daerah Simpang Renggam dan kontraktor kerana melaksana kerja-kerja naik taraf dengan baik.

Turut dikongsi, beberapa gambar memaparkan keadaan pasar tersebut, sebelum dan selepas dinaik taraf.

Peruntukan bagi projek berkenaan diumum kerajaan negeri, tahun lepas. Ia selari komitmen menyediakan kemudahan awam lebih baik kepada rakyat.

Media Baharu