KUALA LUMPUR, 11 Februari- Menangani kemiskinan malnutrisi dihadapi kanak-kanak sekolah menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) kerana ia mampu memberi kesan kepada teras pertumbuhan fizikal dan kognitif mereka.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari semasa ke semasa bagi tujuan itu.
“Menjadi harapan KPM dan dalam unjuran belanjawan negara di masa hadapan, aspek nutrisi dan pemakanan sihat untuk kanak-kanak menjadi keutamaan dalam pembinaan negara Madani,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Dalam hantaran berkenaan, beliau turut berkongsi lawatannya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat.
(Lawatan Fadhlina Sidek Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat/FOTO FB Fadlina Sidek)
"Saya bersama Penasihat Kanan Ekonomi dan KewanganNurul Izzah Anwar serta pegawai nutrisi telah turun ke SK Sungai Serai, Hulu Langat bagi melihat sendiri menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh pihak kantin sekolah," katanya.