fb fb fb fb fb

Universiti perlu tingkatkan infrastruktur mesra mahasiswa OKU

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Disember-Pihak universiti perlu meneliti penyediaan infrastruktur mesra mahasiswa Orang kurang Upaya (OKU) agar ia lebih kondusif untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan itu.

Presiden Persatuan Mahasiswa Istimewa (PERMIUM), Nurhidayah Johari berpendapat, pemeriksaan kemudahan sedia ada, juga perlu dilaksanakan bagi memastikan ia masih selamat digunakan.

"Sekiranya ingin melakukan sebarang perubahan infrastruktur sebagainya, kami harapkan perubahan itu mestilah berlandaskan spesifikasi yang telah ditetapkan.

"Sebab bayangkan jika perkara tersebut telah dilakukan tapi tidak selamat untuk digunakan, jadi apa fungsi melakukan perubahan tersebut", katanya demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Tambah beliau, kesedaran mengenai keperluan dan kemudahan bagi golongan tersebut di institusi pengajian tinggi juga semakin meningkat.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih banyak akses bahan bacaan bagi mahasiswa OKU penglihatan disediakan, memandangkan ia masih terhad bukan sahaja di perpustakaan, malahan di dalam kuliah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD