fb fb fb fb fb

Banjir: Dua jalan utama terputus di Machang

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub/Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan di Kelantan dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang akibat dinaiki air.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub, dua jalan yang terputus ialah jalan Persekutuan di FT 479 Jalan Kemuning-Bukit Belah dan jalan Negeri D16 Jalan Batu 30-Temangan.

Tambahnya, kesemua jalan yang terputus tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berat dan ringan, kerana kedalaman air kira-kira 0.8 meter.

Sementara itu, dua kejadian tanah runtuh pula berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu–Gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah.

JKR meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan terlibat supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi peraturan ditetapkan.

Sementara itu, keadaan banjir di Kuala Krai hampir pulih sepenuhnya.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang yang menempatkan 78 penduduk terjejas akan di tutup dalam tempoh terdekat.

Tinjauan krew RTM mendapati air banjir yang mengenangi beberapa lokasi di jajahan itu telah surut sepenuhnya.

Menurut Pegawai Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Krai, Mohd Fauzi Zainuddin, cuaca baik sejak malam tadi membantu proses pemulihan banjir di jajahan berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM