KUALA TERENGGANU, 13 Mei- 1,290 Institut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara akan diselaraskan dari segi pengambilan pelajar serta kursus TVET dengan kadar segera.
Oleh itu satu Unit Pusat TVET akan diwujudkan bawah kementerian sumber manusia bagi mewujudkan peluang pekerjaan atau kebolehpasaran pelajar lepasan TVET.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyelarasan itu menentukan agar tidak berlaku persaingan dan kesamaan kursus.
Ia penting kerana melibatkan 257,000 pelajar TVET diseluruh negara ketika Ini.
Perlaksanaan penyelarasan ini akan dilakukan bermula Julai dan ogos Ini.
"Kabinet telah memutuskan, pihak industri menawarkan kursus-kursus yang sesuai dalam bidang pada syarikat atau sektor pengilangan atau sektor perkhidmatan yang akhirnya lepasan TVET ini tidak lagi menganggur," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis menandatangani Moa antara Kolej Ketengah Sdn Bhd, dengan Eastern Steel Sdn Bhd Dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur di Kuala Terengganu.
Kerjasama itu turut membantu golongan belia khususnya di Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk mendapatkan pekerjaan Dan pengalaman dalam bidang yang diceburi.
(Ahmad Zahid Hamidi)