fb fb fb fb fb

Mayat pelajar lemas, ditemukan

TELUK INTAN, 13 Mei- Mayat pelajar tingkatan dua yang hilang di Sungai Perak, Teluk Intan malam tadi ditemukan pada pukul 4.45 petang tadi.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 60 meter dari lokasi dilaporkan lemas dan dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, "mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan terapung."

Waris telah mengesahkan identiti mangsa selepas proses pengecaman dibuat.

Kemudian, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat. 

Malam tadi, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah mengenai beg milik pelajar berkenaan yang ditemukan penduduk kampung di Jeti Kampung Terengganu, di sini.

(Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR)

Media Baharu