KUALA TERENGGANU, 13 Mei- Kedudukan Malaysia meningkat 40 anak tangga menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 antara pemangkin pelabur asing ke negara ini.
Mengikut laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Malaysia berada pada tangga ke-73 berbanding 113 pada tahun sebelumnya.
Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil berkata, "ia adalah pencapaian yang paling baik dalam sejarah media sekaligus menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN."
Pencapaian membanggakan itu membuktikan tatakelola pentadbiran negara dan media yang telus dengan memaparkan berita dan informasi tanpa berselindung.
Untuk rekod, RM170 billion pelaburan asing dicatatkan sejak November 2022.
"Saya yakin akan bagi keyakinan tambahan pada pelabur media di Malaysia akan menjalankan tugas sebagai salah satu tiang seri demokrasi dan tidak akan berselindung termasuk tatakelola dan bagi keyakinan kepada pelabur lain," katanya dalam majlis Townhall bersama pegawai bawah kementerian Komunikasi dan Digital di sini.
Beliau turut meluangkan masa menjadi tetamu konti stesen radio Terengganufm.
(Fahmi Fadzil)