fb fb fb fb fb

Undi tidak percaya, hanya sekadar propaganda pembangkang - PM

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Januari- Pembangkang tidak memiliki kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya ia sekadar propaganda untuk menipu penyokong-penyokong mereka supaya tidak hilang semangat.

Tambah Anwar, sudah setahun pentadbiran kerajaan MADANI, namun masih tiada usul berkenaan dibawa ke Parlimen.

Selain itu, dakwaan mengenai 'Langkah Dubai' adalah sekadar politik cemas dicetuskan pembangkang yang kehilangan modal.

"Sudah lama, tetapi dia tak bawa pun. Setahun sudah kita nantikan. Hari-hari kita tunggu, tiada. Jadi, kita tidak fikir bab itu. Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini, hanya untuk propaganda."

Menipu penyokong-penyokong supaya tidak hilang semangat," kata Anwar kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Jemaah menteri dan pimpinan kerajaan digesa untuk menumpukan kepada usaha pembangunan demi memastikan keutuhan ekonomi negara.

Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa ekonomi negara yang mampan harus ditadbir dengan pengurusan yang cekap.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM