KUALA LUMPUR, 26 Disember-Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia mengadakan Majlis Penghargaan Wira Merah Bomba sebagai memperingati jasa petugas barisan hadapan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin menzahirkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
"Ini yang diperlukan oleh wira merah bomba. satu bentuk sokongan moral yang dapat meningkatkan lagi semangat dan dapat melaksanakan tugas tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit dalam memastikan operasi menyelamat nyawa dan harta benda dapat dilaksanakan dengan cemerlang," kata Abdul Wahab selepas Majlis Penghargaan Wira Merah Bomba di sini.
Sementara itu, Uncle Kentang menyeru orang ramai dan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) tampil memberi sokongan moral dan menghargai peranan dan tugas anggota bomba.
"Mereka adalah kawan baik dan kawan terdekat kita. Setiap perkara kecil pun kita panggil bomba. Dan mereka inilah yang mengorbankan orang kata, mereka yang selalu kita minta pertolongan la. Mereka sentiasa hidup tanpa disedari," kata Uncle Kentang.