fb fb fb fb fb

UMNO kekal guna lambang dacing - Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- UMNO kekal menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu dibuat selepas mengambil pandangan pimpinan dan akar umbi.

Beliau yang juga pengerusi BN bagaimanapun tidak menolak kerjasama dengan 18 parti dalam kerajaan perpaduan agar tidak timbul isu pertindihan kerusi.

"Saya setuju saranan kepimpinan akar umbi dalam PRU akan datang harus gunakan lambang dacing.

"Namun tidak menolak kolaborasi dengan 18 parti dalam kerajaan perpaduan supaya tidak berlaku pertindihan kerusi dan kerjasama gamit sokongan pengundi," katanya.

Ahmad Zahid berkata dalam sidang media selepas Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di ibu negara.

Sementara itu berkenaan UMNO akan memfokuskan pemerkasaan ekonomi bumiputera, penstrukturan semula jentera parti dalam memperkukuhkan parti bagi menghadapi PRU ke-16.

"Walaupun jauh tetapi persiapan harus dibuat dari sekarang, yang paling penting ialah rasa kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO bangkit dalam nada yang berbeda semangat.

"...dalam situasi yang telah berubah pemangkinnya apabila tentunya kemenangan di Nenggiri," katanya.

PAU 2024 yang membuka tirainya hari ini berlangsung selama empat hari hingga 24 Ogos, dilihat penting untuk mengukuhkan rasa kebersamaan dalam kalangan pucuk pimpinan dan akar umbi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI