SEREMBAN, 4 Januari - Para ulama terus dijadikan sebagai rujukan utama terhadap isu-isu berkaitan sensitiviti agama di negara ini.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan bahawa pihaknya amat prihatin terhadap perkara tersebut dan memastikan setiap tindakan diambil dengan teliti.
Jelas beliau, terdapat proses yang perlu dilibatkan termasuk pakar, agensi serta rujukan para ulama tanpa bertindak secara melulu.
"Kita bergerak secara sistematik, tidak ada maksud politik. Apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk mewujudkan keharmonian beragama dan menegakkan syariat Islam di Malaysia," kata Dr Zulkifli.
kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Tahun Enam Sekolah Sri Seremban, di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang menggesa pihak berautoriti agama termasuk Menteri Agama membuat penjelasan mengenai sambutan Krismas di premis yang diterajui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming baru-baru ini.