fb fb fb fb fb

Ulama perlu pertahan tradisi ilmu - PM

PUTRAJAYA, 11 Disember- Peranan ulama adalah untuk mendidik, memberi kesedaran dan mempertahankan tradisi ilmu.

Pada masa yang sama tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kesederhanaan itu juga penting selain tidak mudah memberikan hukuman serta merendahkan darjat seseorang dan fitnah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah Islam tempatan di Kompleks Seri Perdana, di sini.


(Foto BERNAMA)

Majlis dihadiri lebih 200 tetamu dari institusi pengajian Islam dan pertubuhan Islam tempatan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Media Baharu