fb fb fb fb fb

Banjir: Lima daerah di Pahang terjejas

TEMERLOH, 11 Disember- Lima daerah di negeri Pahang melibatkan Temerloh, Lipis, Jerantut, Bera dan Raub, masih terjejas banjir.

Setakat 7.00 malam, seramai 562 penduduk terdiri daripada 169 keluarga, ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.


(Lima daerah di negeri Pahang melibatkan Temerloh, Lipis,
Jerantut, Bera dan Raub, masih terjejas banjir)

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan SMK Seri Semantan, Temerloh menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 383 orang.

Dua PPS di Lipis iaitu SK Lubuk Kulit menempatkan 52 orang dan Masjid Beletik (31 orang), manakala di Jerantut, 20 orang dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Sempadan dan 19 orang di SK Batu Balai.

Sementara itu, empat PPS pula dibuka di Raub melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok bagi menempatkan 30 orang penduduk, Balairaya Kampung Sengkela (7 orang), Masjid Kampung Kuala Semantan (8 orang) dan Balairaya Kampung Ria (3 orang).

Di Bera, seramai 18 orang penduduk terjejas ditempatkan di PPS SK Seri Buntar dan 9 orang di SK Kerayong.

Media Baharu