fb fb fb fb fb

JKM Terengganu tugaskan 10 kaunselor di PPS

KUALA TERENGGANU, 11 Disember- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu menugaskan 10 kaunselor di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri, sepanjang Monsun Timur Laut kali ini.

Mereka dibantu 97 ahli dari Pasukan Sokongan Psikologi yang turut sama bertugas di PPS.

Ketua Penolong Pengarah JKM negeri, Zamri Mohamad berkata selain memberi khidmat nasihat kepada penduduk yang trauma berdepan banjir mereka juga ditugaskan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti di semua PPS.

"Pasukan Sokongan Psikologi akan membantu di PPS. Antaranya mewujudkan aktiviti kepada anak-anak penduduk terjejas dengan mengadakan program di PPS," katanya selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, di sini.


(Foto BERNAMA)

PPS tersebut mula dibuka Jumaat lalu selepas beberapa taman dan kampung sekitar mula dilanda banjir.

Media Baharu