fb fb fb fb fb

Angkat tradisi dan budaya, promosi melalui pelbagai saluran RTM

(Program Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 11 Disember- RTM terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam mengangkat tradisi dan budaya masyarakat tempatan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata ini kerana RTM mempunyai pelbagai platform yang boleh memartabatkan usaha itu.

"Memang kita harap semua negeri melihat semula seni warisan ini untuk bekerjasama dengan RTM.

"RTM ada enam saluran televisyen, lima telah rasmi, satu lagi percubaan dan kita ada 34 stesen radio di seluruh negara di peringkat negeri, peringkat tempatan, peringkat nasional ada enam iaitu Nasionalfm, Klasikfm, radio khas dan TV, ini boleh digunakan secara optimum", katanya ketika ditemui pada program Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah.

Selain pertandingan bola sepak sawah, turut diadakan adalah pertandingan panjat tiang licin, tangkap itik, baling tin, basikal titi, dan gusti bantal.

Turut berangkat, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta anakanda baginda, Tunku Ali Redhaudin Tuanku Muhriz.


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)

Media Baharu