fb fb fb fb fb

Pharmaniaga Berhad mulakan program penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Pharmaniaga Berhad memulakan program penyahkarbonan sebagai sebahagian daripada sokongannya kepada misi kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.

Inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Melalui kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, anak syarikat turut terlibat dalam menyediakan pelan hala tuju dan inisiatif kelestarian untuk tempoh jangka panjang.

Bidang yang telah dikenal pasti adalah tenaga yang efisien, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik.

Satu lagi usaha yang dilaksanakan syarikat farmaseutikal itu adalah penerapan budaya kelestarian adalah dengan menjenamakan semula budaya korporat Pharmaniaga sedia ada iaitu ‘Do It Right Always’ (DIRA).

Budaya DIRA adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan bagi meningkatkan tahap produktiviti dan kecekapan bekerja serta menghapuskan keperluan untuk membuat pekerjaan berulang kali.

(Foto hiasan)

Media Baharu