fb fb fb fb fb

Kemalangan libatkan tiga kenderaan, dua maut

ROMPIN, 11 Disember- Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Rompin, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Aidil Adha Nazri meninggal dunia di lokasi insiden.

Manakala Bosiah Abdullah menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di hospital.

Kejadian berlaku di Jalan Kuantan-Johor Bahru selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Johor Bahru terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori, sebelum melanggar kereta dinaiki kedua-dua mangsa.


(Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.)

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu