fb fb fb fb fb

Majlis Khatam Quran OKU di USIM, Al-Quran sebagai Al-Shifa dan Al-Rahmah

NILAI, 11 Disember- Sempena kempen kesedaran emansipasi Orang Kurang Upaya (OKU) dalam memahami konsep Al-Quran sebagai Al-Shifa dan Al-Rahmah, Majlis Khatam Quran OKU telah diadakan di Universiti Sains Islam Antarabangsa Malaysia (USIM).

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pada majlis itu OKU penglihatan membaca Al-Quran dibantu oleh Mashaf Quran Braille dan OKU Pendengaran pula membacanya tanpa suara dengan mengisyaratkan huruf Al-Quran dengan isyarat Kod Tangan Quran.

"Usaha ini turut merealisasi konsep Iqra’ yang mengandungi keringanan dalam membaca, menghafaz dan mengambil pelajaran daripada Al-Quran," katanya ketika Majlis Khatam Al-Quran OKU 2022 di sini.


(Usaha ini turut merealisasi konsep Iqra’ yang mengandungi keringanan
dalam membaca, menghafaz dan mengambil pelajaran daripada Al-Quran
)

Dalam pada itu, Zulkifli mengalakkan lebih ramai golongan OKU masalah pendengaran menggunakan aplikasi Quran Isyarat yang pertama di negara ini untuk membaca dan mendalami Al-Quran. 

Aplikasi yang dicipta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM itu sudah merekodkan hampir 2,000 pengguna sejak dilancarkan pada 19 April lalu.

Media Baharu