PETALING JAYA, 12 April- Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) telah mengambil tindakan proaktif dengan menjalin kerjasama strategik dengan dua universiti dari Indonesia.
Kerjasama pertama telah pun dimeterai dengan Universiti Pengurusan Koperasi Indonesia (IKOPIN) pada 15 Februari lalu manakala universiti kedua, Universiti Riau dijadual dimeterai September ini.
Jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, jalinan stategik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak merangkumi aspek pertukaran kepakaran dan program mobiliti pelajar.
Selain itu, ia termasuk melaksanakan kerjasama dalam latihan dan penyelidikan bidang koperasi.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli koperasi dan anak-anak kepada ahli-ahli koperasi untuk meneruskan pengajian di universiti ini untuk mendalami pengajian dalam pentadbiran pembangunan koperasi di negara kita," kepada media selepas Program Bicara Ilmu Ramadan “Melabur Tanpa Waswas” dan majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.
(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ditemui media selepas Program Bicara Ilmu
Ramadan “Melabur Tanpa Waswas” dan majlis berbuka puasa di Petaling Jaya)
UKKM menyasarkan IKOPIN akan menghantar pelajar ke universiti berkenaan sebaik UKKM beroperasi sepenuhnya pada 2024.