(Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pualau Pinang untuk bedah siasat)
GEORGE TOWN, 12 April- Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di Jalan Sri Bahari, George Town.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian yang membabitkan rumah kedai dua tingkat.
Setibanya di Jalan Sri Bahari, pihak bomba mendapati sebuah rumah kedai yang mempunyai keluasan 20 x 70 kaki persegi hangus dijilat api dan hampir 70% premis itu hangus.
Operasi lanjut mendapati seorang penghuni warga OKU rentung dalam kebakaran tersebut.
"Telah dimaklumkan bahawa tidak terdapat bekalan elektrik diguna dalam bangunan ini jadi berkemungkinan ada sumber-sumber lain menjadi punca, lilin dan sebagainya,"kata Jamil Abdullah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ketua Zon 1 Pulau Pinang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Seramai 40 anggota dari Balai Bomba Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Bagan Jermal terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.
(Penguasa Kanan Bomba 1, Ketua Zon 1 Pulau Pinang Jamil Abdullah)