(FOTO IHSAN ORANG AWAM)
ALOR SETAR, 12 April- Tiga penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi cedera selepas motorsikal yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler.
Kemalangan melibatkan empat buah motorsikal dan sebuah lori itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Musang, Alor Setar, Kedah, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, lori treler yang baru selesai mengisi minyak telah masuk ke jalan utama dan sedang bergerak di lorong kiri jalan.
Bagaimanapun secara tiba-tiba empat motosikal yang ditunggang oleh empat lelaki yang datang dari arah Alor Setar menuju ke Jabi melanggar bahagian belakang lori.
Akibat pelanggaran tersebut, tiga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan dan kepala.
Manakala penunggang sebuah lagi motorsikal mengalami kecederaan dibahagian muka dan tangan telah dibawa dan dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Tiga mangsa maut berusia 19 hingga 21 tahun manakala mangsa cedera berusia 14 tahun.
Kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tujuan bedah siasat.
(FOTO IHSAN ORANG AWAM)