fb fb fb fb fb

UK sah sertai CPTPP, FTA pertama dengan Malaysia

(Tengku Datuk Seri Zafrul mewakili Malaysia pada majlis
menandatangani Penyertaan UK yang berlangsung di New Zealand)

NEW ZEALAND, 16 Julai- United Kingdom (UK) secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Ia sekaligus menandakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pertama di antara Malaysia dan UK.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mewakili Malaysia pada majlis menandatangani Penyertaan UK yang berlangsung di New Zealand.


(United Kingdom secara rasmi menyertai CPTPP)

Majlis diadakan sempena Mesyuarat Suruhanjaya Menteri CPTPP ke-7.

Dengan termeterainya protokol itu, UK secara rasmi menjadi penandatangan CPTPP ke-12 dan ekonomi pertama menyertai perjanjian tersebut selepas 11 negara pengasas.

Tengku Zafrul berkata, keahlian UK itu bakal memberi manfaat kepada Malaysia terutama dari sudut akses pasaran, percukaian dan eksport khususnya bagi sektor sawit, koko, getah, elektrik dan elektronik dan bahan kimia.

Beliau turut menyifatkan penyertaan UK juga menghantar isyarat kepada dunia tentang kelebihan CPTPP ke arah sistem perdagangan pelbagai hala yang lebih terbuka.

Mesyuarat sama turut menyaksikan Malaysia meraikan kemasukan rasmi Chile dan Brunei Darussalam ke dalam perjanjian tersebut berkuatkuasa masing-masing pada Februari dan Julai 2023.

Media Baharu