fb fb fb fb fb

Ujian Akhir Sesi Akademik, enam penambahbaikan dilaksana

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Enam penambahbaikan terhadap Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilaksana bermula sesi akademik 2024/2025.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, perkara itu termasuk menukar bentuk pelaporan daripada Tahap Penguasaan (TP) kepada bentuk peratus dan gred.

Turut dilaksana, pemberian autonomi kepada sekolah dan guru dalam pelaksanaan UASA, selain menyediakan Modul Perealisasian Item untuk membantu guru membangunkan item dan instrumen pentaksiran.

"Empat, sediakan format pentaksiran sebagai panduan kepada sekolah dalam bangun instrumen pentaksiran. Lima, sediakan panduan pengurusan dan pentadbiran serta soalan lazim.

"Enam laksana penjaminan kualiti melalui kunjung bantu kepada sekolah dan guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Datuk Kesavadas A.Achyuthan Nair berkenaan usaha pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai alat pengukur keupayaan akademik murid untuk ke tingkatan satu dan pemilihan aliran pengajian di tingkatan empat.

Mengenai Pentaksiran Bilik Darjah pula beliau memaklumkan kementerian itu ada menyediakan mekanisme khusus untuk memantau keberkesanan pelaksanaannya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI