fb fb fb fb fb

TVET: Tiga kolej komuniti tawar program kelayakan mikro

(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamad Yusop Apdal pada Majlis Konvokesyen
Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 di Dewan Tuanku Canselor USIM di Nilai)

NILAI, 20 September- Dalam usaha mempertingkatkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tiga buah Kolej Komuniti akan menawarkan Program Kelayakan Mikro bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamad Yusop Apdal program itu akan dimulakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Segamat sebagai projek rintis sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Dalam kaedah kita memperkasa TVET kita mempermudah, keduanya membuat satu pendekatan secara program iaitu kita akan fokuskan kepada program seperti mikro 'credential' dan kita ada program yang kita khususkan kepada keperluan industri juga dan kita telah di peringkat kementerian telah bersetuju untuk memulakan pada tahun hadapan," katanya.


(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamad Yusop Apdal)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai.

Pada majlis tersebut, Mohammad Yusof menyampaikan sijil dan diploma kepada seramai 1,081 orang graduan melibatkan Kolej Komuniti Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.

Beliau dalam pada itu berkata, KPT sedang berusaha untuk memperkasakan kolej-kolej komuniti supaya menjadi institusi yang dapat mengupayakan masyarakat setempat.

“Kita dalam proses memastikan masyarakat dan rakyat buat penilaian yang baik terhadap apa yang ditawarkan oleh kolej komuniti.

“Ramai graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat kerja yang lebih baik dan diterima pemain industri.

Secara statistik, sebanyak 96 peratus graduan kolej komuniti mendapat pekerjaan setelah menerima diploma dan sijil masing-masing,” katanya.

Media Baharu