fb fb fb fb fb

TVET: Malaysia cadang hantar ahli akademik, jurulatih ke negara berpotensi baharu

Foto Hiasan

LONDON, 26 Oktober - Malaysia bercadang menghantar ahli akademik dan jurulatih dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke negara baharu yang berpotensi bagi mendapatkan latihan intensif di bawah Program ‘Training of Trainers’ (ToT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Korea Selatan dan Turkiye merupakan antara negara yang mempunyai institusi TVET terbaik.

"Sekarang ini memang kita ada hantar umpamanya di Jerman dan juga di Jepun, ini dua negara yang mempunyai TVET yang sangat lama, hubungan dengan Malaysia. Tetapi kita juga harus meneroka peluang ini dengan Korea kerana Korea juga sebuah negara yang mempunyai institusi TVET yang cukup berpengalaman,walaupun mereka pernah belajar satu ketika dahulu dengan negara di Eropah dan akhirnya negara itu belajar dengan Korea," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi bual bicara anjuran Overseas Development Institute bertajuk ‘Modal Insan Penggerak Pembangunan Negara: Pandangan Daripada Pendekatan Ekonomi Baharu Malaysia’," di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara memaklumkan, cadangan berkenaan bakal dilaksanakan selewat-lewatnya suku pertama tahun hadapan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN