fb fb fb fb fb

Tujuh kes berkaitan cuaca panas direkodkan di Perak

Tujuh kes berkaitan cuaca panas direkodkan di Perak setakat hari ini / Foto Hiasan / Bernama

IPOH, 14 Mac - Tujuh kes berkaitan cuaca panas direkodkan di Perak setakat hari ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata daripada jumlah itu tiga kes merupakan strok haba manakala empat lagi mengalami kelesuan haba.

Beliau berkata, enam kes yang dilaporkan membabitkan anggota polis dan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

"Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menerima tujuh laporan kes berkaitan cuaca panas iaitu pada 14 hingga 21 februari 2024. Pecahan kes, tiga kes merupakan strok haba manakala empat lagi mengalami kelesuan haba," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di Bazar Ramadan Stadium Perak, di sini.

Tambah Sivanesan, kesemua kes telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dimana empat kes sembuh dan seorang mempunyai komplikasi serangan sawan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN