KUALA LUMPUR, 11 Jun - Tuan Gilberd Philip Layang dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah terima tugas berkenaan berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, (DIG) Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Jabatan Logistik dan Teknologi antara Datin Seri Nor Aidila Abd Majid dan Puan Siti Anak Manau dengan disaksikan Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.
Gilberd Philip Layang, pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Limbang, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sarawak, dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman.
Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula kepimpinan tertinggi dalam PDRM bagi memperkukuh keupayaan logistik dan teknologi pasukan.