fb fb fb fb fb

Transformasi perlu seiring permintaan pendengar - KP Penyiaran

ALOR SETAR, 24 Ogos - Warga Jabatan Penyiaran Malaysia di setiap negeri perlu memahami polisi serta dasar jabatan dan bergerak seiring agar penyampaian dasar kerajaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Dato Che Roslan Che Daud berkata perubahan perlu dilakukan di peringkat organisasi dan individu walaupun dengan hanya sedikit anjakan.

Katanya, program di stesen radio negeri memerlukan kajian agar transformasi yang dilakukan sejajar dengan permintaan dan keperluan kumpulan sasar khususnya pendengar.

"Kita boleh lonjakkan dengan lebih bagus. Kita perlu berubah, bergerak ke hadapan daripada status masa kini ke status baharu," kata Che Roslan di sini.

(Che Roslan berucap pada Perhimpunan Bulanan RTM Kedah
Bersama Ketua Pengarah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Jabatan Penyiaran Kedah)

Pengarah Penyiaran Kedah Sharimah Abu Bakar menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Pengarah sebagai simbolik pelancaran.

Jalur Gemilang kemudian diserahkan kepada ketua-ketua bahagian Jabatan Penyiaran Kedah.

Media Baharu