Transformasi ekonomi, pemacu sasaran pampasan pekerja 40 peratus menjelang 2030

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kerajaan menjadikan transformasi struktur ekonomi sebagai pemacu utama bagi meningkatkan bahagian pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI
  • Transformasi melalui industri bernilai tinggi, inovasi, pendigitalan dan teknologi termaju untuk mewujudkan pekerjaan berkemahiran dan gaji lebih tinggi.
  • Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu, Strategi Semikonduktor Nasional dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga menarik pelaburan berkualiti.
  • Sumbangan pampasan pekerja meningkat kepada 33.6 peratus pada 2024 berbanding 33.5 pada 2023.
  • Kerajaan memperkasa TVET, menyelaras dasar gaji dan mempertimbangluaskan Dasar Gaji Progresif sekiranya memberi impak positif.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata transformasi itu akan dipacu melalui industri bernilai tinggi, inovasi, pendigitalan dan teknologi termaju bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dengan gaji lebih tinggi.

“Transformasi struktur ini mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

“Selain itu, pelaksanaan hala tuju strategik negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Strategi Semikonduktor Nasional dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara akan dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti. Pelaburan baharu berkualiti ini berupaya untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih tinggi,” katanya.

Menurut Akmal, sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada 33.6 peratus pada 2024 berbanding 33.5 peratus pada 2023.

Beliau berkata kerajaan turut memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), menyelaras dasar gaji dan memperluaskan Dasar Gaji Progresif sekiranya terbukti memberi impak positif terhadap pendapatan pekerja.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengenai strategi kerajaan bagi meningkatkan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2030 selaras dengan sasaran bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Negara hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.