fb fb fb fb fb

Tragedi Sg Korok: Putri Qisya ditawar sambung pelajaran ke MRSM

Foto BERNAMA

JERLUN, 9 Julai -Adik Putri Qisya Nur Izzat, 12 tahun yang kehilangan keluarga akibat kemalangan menyayat hati di Sg Korok, Jitra gembira atas pelawaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menawarkan Putri Qisya melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri atas kehadiran beliau, serta kepada semua pihak yang mengambil berat.

"Saya juga berbesar hati menerima peluang untuk menyambung pelajaran ke MRSM," katanya ketika ditemui media semasa kunjungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke kediaman keluarganya di Kampung Bohor Karang, Jerlun, semalam.

Putri Qisya turut dijadikan sebagai anak angkat MARA sehingga beliau melanjutkan pelajaran keperingkat universiti.
 
Putri Qisya merupakan satu-satunya waris yang masih ada selepas kesemua keluarganya; Mohamad Azim Izat Ishak, 32 tahun (bapa) dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31 (ibu) bersama empat adiknya, iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7 dan Tuah Haydar, 6 bulan, meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN