fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air Bidor: Mayat kanak-kanak empat tahun ditemukan, dua masih hilang

Mangsa kedua, kanak-kanak berumur 4 tahun ditemukan pada pukul 9.50 malam tadi.

BIDOR, 7 Februari- Seorang lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor, ditemukan.

Mangsa, merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun ditemukan pada pukul 9.50 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi mangsa ditemukan pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat ditemui di tepi sungai dalam kawasan air yang mana kaedah digunakan adalah kaedah selaman,"katanya.

Operasi SAR turut dibantu penduduk kampung.

Dalam kejadian 4.03 petang tadi, enam sekeluarga bersama seorang pembantu rumah terperangkap dalam kepala air sewaktu sedang berkelah di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor.

Tiga daripadanya terselamat, dua ditemui lemas manakala dua lagi masih hilang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE