fb fb fb fb fb

Tragedi ikan buntal: JKNJ tunggu laporan makmal

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 10 April-Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan makmal bagi melengkapkan kertas siasatan kes kematian pasangan warga emas akibat memakan ikan buntal.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi memutuskan sama ada pembekal ikan berkenaan akan didakwa atau sebaliknya.

" Mengikut laporan forensik memang kesan dari ikan buntal. Pejabat Kesihatan selesaikan dakwaan atau tidak kita perlu hantar kepada pihak DPP bagi tindakan selanjutnya. Laporan makmal pula akan diperolehi dalam tempoh tiga minggu", katanya pada sidang media semasa majlis berbuka puasa di Johor Bahru pada Ahad.

Pasangan warga emas itu menikmati hidangan itu pada 25 Mac lalu namun isterinya berusia 83 tahun maut selepas beberapa jam mendapatkan rawatan.

Manakala, suaminya berusia 84 tahun maut Sabtu lalu.


(Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon/FOTO RTM)

Media Baharu