fb fb fb fb fb

Melaka warta cuti umum Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia

(FOTO RTM)

MASJID TANAH,10 April-Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia akan diwartakan sebagai cuti kelepasan am Melaka dalam tempoh terdekat.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, pemberian cuti yang dijangka bermula tahun hadapan itu bagi memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Negara oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 67 tahun lalu di Banda Hilir.

Beliau berkata, kajian dan rujukan lanjut akan dijalankan bersama Arkib Negara Malaysia sebelum perkara ini diumumkan.

"Cuti (umum) sedia ada kita pindahkan pada cuti umum Hari Pengisytiharaan Kemerdekaan Malaysia cuti sedia ada di Melaka tidak ditambah dan tidak dikurangkan.

"Tarikh cuti umum berkenaan saya akan beritahu kemudian selepas saya dapatkan tarikh tepat dan betul untuk dirujuk sebagai hari berkenaan daripada Arkib Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Negeri Melaka di BRR Pekan Masjid Tanah di sini pada Ahad.

Seramai 47 peniaga daripada tiga lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) menyambut inisiatif kerajaan secara sukarela bagi menyediakan menu kadar harga rendah.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh/FOTO RTM)

Media Baharu