TPM Zahid puji semangat Juang Sze Fei-Izzuddin di Malaysia Masters

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat juang dan aksi bertenaga beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, yang muncul naib juara pada final Malaysia Masters 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian pasangan tetap membanggakan walaupun gelaran juara tidak berjaya diraih.
  • Prestasi mereka dipandang sebagai sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
  • Ahmad Zahid menggesa mereka terus melangkah, bangkit lebih kuat dan gunakan pengalaman sebagai pembakar semangat.
  • Sze Fei dan Nur Izzuddin tewas 16-21, 17-21 kepada Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard di Unifi Arena Bukit Jalil.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau malam ini, Ahmad Zahid berkata pencapaian pasangan itu tetap membanggakan meskipun gelaran juara tidak memihak kepada Malaysia.

Beliau turut menyifatkan prestasi yang dipamerkan sepanjang kejohanan itu sebagai inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Terus melangkah lebih jauh, bangkit lebih kuat dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas dunia,” katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa seluruh rakyat Malaysia akan terus berdiri teguh di belakang gandingan berkenaan bagi memburu kejayaan pada masa hadapan.

“Keep it up, guys! Rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang kalian,” katanya.

Sze Fei-Nur Izzuddin menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tumpas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 16-21, 17-21 di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.