fb fb fb fb fb

TMM 2025 ditunda ke tahun 2026 - MOTAC

(FOTO HIASAN)

SERDANG, 14 Jun - Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang sepatutnya diadakan pada tahun 2025 akan ditunda kepada tahun 2026.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata penundaannya dilakukan memandangkan kebanyakan negara baru sahaja membuka pintu sempadan dan masih dalam proses pemulihan akibat COVID-19 dan memerlukan masa untuk aktiviti pelancongan luar.

(Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing)

"Kita sekarang memang ada perancangan, sepatutnya Tahun Melawat Malaysia 2025, kerana lepas COVID ini baru mula, kemungkinan kita akan tunda satu tahun iaitu 2026 baru kita akan laksanakan dan kita akan buat persediaan dari sekarang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan Asean dan pengkomersialan untuk warisan dunia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, pada Selasa.

Tambah King Sing, MOTAC berada pada landasan yang betul untuk mencatatkan kehadiran lima juta pelancong ke Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Menerusi Belanjawan 2023, RM250 juta diperuntuk bagi mempromosi TMM dengan sasaran 23.5 juta pelancong antarabangsa serta unjuran pendapatan RM76.8 bilion.

Media Baharu