fb fb fb fb fb

Tingkatkan indeks kebebasan dengan penubuhan Majlis Media

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 1Mei- Prestasi indeks kebebasan media Malaysia di peringkat global boleh dipertingkat secara lebih efektif menerusi penubuhan Majlis Media, menurut Pensyarah Pengajian Media, UiTM, Prof. Madya Dr Sara Chinnasamy.

Beliau berkata langkah itu diyakini dapat mengekalkan konsistensi dan menambah baik penilaian terhadap tahap kebebasan media negara ini di mata dunia.

Sekali gus, meletakkan Malaysia sebagai antara negara dengan tahap kebebasan media yang proaktif, berbanding negara-negara maju.

"Kita tidak mahu kedudukan kita selalu terumbang-ambing iaitu antara 119 hingga 101 dan 116.

"Jadi, kita perlu mempergiat diri kita untuk melonjak ke hadapan lagi. Untuk itu, satu parameter ylpenting yang perlu kita implimentasi ialah penubuhan Majlis Media. Ia dapat mengawal selia bukan setakat perjalanan media di negara kita malah ia juga akan memelihara kedudukan wartawan di negara kita," tambah beliau.

(Prof. Madya Dr Sara berkata tingkatkan indeks kebebasan dengan penubuhan Majlis Media)

Media Baharu