fb fb fb fb fb

123 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di Negeri Sembilan

DCP Datuk Alzafny Ahmad

KUALA PILAH, 27 November - Sebanyak 123 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di Negeri Sembilan pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengatur gerak 385 personel untuk memantau kesemua kawasan berisiko dan lokasi kepala air apabila berlaku hujan lebat.

"Di peringkat negeri, kita telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi mengenal pasti jentera dan aset yang boleh digunakan. Jika terdapat aset yang bermasalah, kita akan segera memperbaikinya, termasuk dari segi bantuan sumber manusia," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, keseluruhan 6,048 pegawai dan anggota dari kesemua 13 agensi di negeri itu turut siap siaga pada MTL kali ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI